Study Tips

Tips menulis esei untuk pelajar-pelajar universiti

Assalamualaikum,

Semua yang bergelar pelajar, mesti pernah merasa overwhelm dan tak tahu macam mana nak mula menulis esei. Apa kehendak soalan? Nak rujuk buku mana? Chapter manakah dalam buku teks yang berkaitan dengan esei ini? Dan pelbagai soalan yang lebih kurang sama, mesti pernah bermain di fikiran kita semua kan?

It’s normal to feel this way. Yang menulis ni pun pernah rasa juga. Kebetulan beberapa bulan lepas, saya ke perpustakaan OUM di Kelana Jaya dan terjumpa buku Study Skills for Psychology Students tulisan Jennifer Latto dan Richard Latto. Walaupun buku ni ditulis khas untuk pelajar-pelajar jurusan psikologi, tapi tips ini juga boleh digunapakai oleh semua yang bergelar pelajar, tanpa mengira jurusan yang diambil.

So, tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat cara-cara untuk membuat persediaan sebelum mula menulis esei.


Persediaan sebelum mula menulis

Sebelum mula menulis, kita harus tanamkan motto ini di dalam minda:

Don’t get it right, get it written.

James Thurber

Maksudnya, tak perlu tunggu sehingga kita mampu untuk menulis dengan betul atau sempurna, tapi just start writing.

Menurut Jennifer dan Richard Latto, kebanyakan orang cenderung untuk membuang masa atau procrastinate dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti yang tidak berkaitan atau membantu mereka untuk menyiapkan tugasan. Dari istilah psikologi, perkara ini dipanggil sebagai displacement activity, iaitu salah satu “defense mechanism” yang biasa digunakan oleh manusia bila berdepan dengan masalah. Mereka melakukan aktiviti yang tidak berkaitan untuk lari dari tugasan yang membebankan itu. Perkara ini tidak bagus kerana masalah tetap tidak selesai, malahan masa akan semakin suntuk dan kita akan lebih stress di kemudian hari kerana berdepan dengan kerja yang semakin bertimbun. Jadi, apa yang harus kita lakukan ialah just start walaupun tidak sempurna dan penuh kekurangan. Dan, teruskan memperbaiki tugasan kita dari masa ke semasa.

Imej asal bongkarn thanyakij dari Pexels.

Dalam buku ini, Jennifer dan Richard Latto mencadangkan langkah-langkah berikut untuk membantu kita mulakan tugasan esei:

  1. Lihat tajuk dengan teliti dan tanya diri kita soalan-soalan berikut:
    • Apakah aspek yang relevan dengan tajuk ini?
    • Apakah kata kerja yang menggambarkan tugasan yang perlu kita lakukan (contoh: ‘bandingkan’, ‘bincangkan’, ‘nilaikan’, ‘gambarkan’ – setiap kata kerja ini memerlukan pendekatan penulisan yang berbeza);
  2. Perhatikan sekiranya ada dua part dalam satu soalan dan make sure that kita menjawab kedua-dua part tersebut;
  3. Catatkan berapa jumlah perkataan yang dikehendaki (kalau ada);
  4. Perhatikan sekiranya ada format penulisan tertentu yang perlu dipatuhi. Contohnya saiz font, jenis font, line spacing dan sebagainya.
  5. Kenalpasti sistem referencing yang digunapakai (contoh: APA , MLA, Chicago Author-Date, dan sebagainya);
  6. Catatkan tarikh due date esei tersebut dan juga tugasan-tugasan atau komitmen-komitmen anda yang lain.
    • Kenalpasti tugasan mana yang perlu dihantar dulu dan tugasan mana yang boleh dihantar kemudian.
    • Mula merancang dengan mengambil kira tarikh-tarikh penting ini dan rancang sebaiknya.
    • Peruntukkan juga masa kecemasan supaya you will have ample time sekiranya tiba-tiba sakit, demam, dan sebagainya.
    • Dengan cara ini, anda tidak akan kelam kabut bila semua due date semakin hampir.
  7. Dapatkan maklumat tentang pemeriksa yang akan memeriksa esei anda. Cuba kenalpasti approach yang mereka selalu gunakan.

Dengan melakukan langkah-langkah di atas, insyaAllah kita akan merasakan lebih bersedia untuk memulakan aktiviti menulis nanti.

Selamat menulis!